Seminggu selepas memberi komen tentang Bajet 2011 yang lalu, saya telah memperoleh pelbagai maklumat melalui Twitter tentang beberapa perkembangan semasa di mana ianya kini menjadi persoalan kepada ramai rakan2 saya yang bertanya mengapa negara kita tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan kerajaan sejak tahun 2010.
1. PM YAB Datuk Seri Najib menyatakan bahawa kerajaan tidak mampu mengeluarkan jumlah wang RM3.1bn untuk membayar 1-bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan, kecuali RM500 bantuan kewangan sahaja yang mempu dikeluarkan pada Disember tahun ini. Saya berpendapat walaupun ianya sedikit namun ramai di kalangan mereka yang cukup bersyukur di atas pemberian tersebut.
2. Bajet 2011 yang dibentangkan tersebut pada hakikatnya memberikan fokus dan penekanan terhadap pelaburan domestik. Kerajaan telah menyarankan agar sektor swasta meningkatkan pelaburan untuk merangsangkan ekonomi tempatan kerana pengaliran wang dalam negara ini amat penting selain mengharapkan kemasukan pelaburan asing atau FDI (Foreign Direct Investment).
3. Dengan keadaan krisis ekonomi yang dihadapi oleh negara pada masa ini, bukankah kerajaan seharusnya berjimat-cermat dalam urusan kewangan? Ulasan2 berikut menjadi tanda tanya adakah kerajaan tidak mampu, tidak sanggup atau tidak mahu membayar bonus.
4. Perbelanjaan kementerian kerajaan terutama oleh KDN (Kem Dalam Negeri) dan Kem Pelancongan menjadi buah mulut sesetengah masyarakat. Sebagai contoh, kos perbelanjaan ke luar negeri oleh PM dan DPM telah mencecah RM9.8m sehingga awal bulan Okt’2010. Untuk rekod, belanja yang dikeluarkan pada tahun 2008 dan 2009 ialah RM5m+ dan RM6m+.
5. Menurut Kem Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Maximus Ongkili), peruntukan sedang dipohon untuk melanjutkan program angkasawan kedua negara pada pertengahan penggal RMK10. Perlancongan angkasawan pertama sudah menjadi kontroversi di kalangan masyarakat tetapi oleh kerana ianya tajaan daripada hasil pembelian kapal pejuang jet Rusia justeru ramai yang beranggapan ia hanya perjalanan percuma. Maka sekiranya program kedua ini diteruskan bermakna negara tidak menampakkan ciri-ciri kegawatan.
6. Istana Negara merupakan simbol kedaulatan negara yang tidak boleh dipertikaikan. Namun demikian, projek membina Istana baru telah menelan belanja RM797m yang dijangka akan siap pada tahun 2011. Tidakkah projek seperti ini boleh ditangguhkan sehingga keadaan kewangan negara kembali stabil?
7. Bagi sesetengah rakyat adalah menjadi khabar berita yang cukup menggembirakan di mana harga tol di seluruh semenanjung Malaysia tidak akan dinaikkan selama 5 tahun. Bagaimanapun, kerajaan lantas mengumumkan bahawa pampasan sebanyak RM1bn setiap tahun akan dibayar kepada PLUS bagi menanggung kerugian syarikat GLC tersebut.
8. Saya kurang jelas dengan sumber dan cara pengagihan serta pengaliran wang yang akan disalur namun apa yang ingin dipersoalkan ialah mengapa tidak dikurangkan 1 atau 2 tahun sahaja? Dengan ini dapatlah penjimatan RM3bn untuk membayar bonus.
9. Dengan pemberian bonus sejumlah RM3.1bn, bukankah mereka ini lah yang akan membelanjakan wang tersebut dalam negara? Ini bukan sahaja merancakkan ekonomi tempatan malah membantu menjana pendapatan sektor peruncitan, pengusaha makanan, dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment