- Bajet 2011 memperuntukkan sejumlah RM212bn berbanding RM208bn pada bajet tahun lalu. Bagaimanapun, saya tidak yakin ia akan membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat. Walaupun kerajaan akan melaksanakan Program Pengagihan Barangan Keperluan atau Distribution of Essential Goods Program, ia tidak akan mampu menangani masalah kenaikan harga barangan khususnya makanan. Begitu juga dengan pembentukan portal “Pengguna Bijak 1Malaysia” amat diragukan keberkesanannya.
- Bajet kali ini menekankan lebih kepada aspek pembangunan infastruktur seperti perkhidmatan pengangkutan dsb yang memerlukan penglibatan sektor swasta secara agresif serta kebajikan rakyat terutama bagi kalangan wanita dan OKU.
- Seperti bajet-bajet tahun sebelum ini, rakyat akan memperoleh manfaat hasil daripada pendapatan negara melalui pelbagai sumber seperti petrol, gas, cukai dsb, yang seharusnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Persoalan saya, sebagai sebuah negara pengeluar minyak, mengapa kita masih dibelenggu masalah subsidi minyak, kenaikan harga dsb? Jika kerajaan boleh membandingkan kadar petrol dengan negara2 Asean, mengapa tidak dengan negara2 pengeluar minyak seperti Arab Saudi?
- Saya merujuk kepada kenyataan CEO PEMANDU (Datuk Seri Idris Jala) bahawa Malaysia telah mengenalpasti bidang-bidang yang akan menjana pelaburan negara sebanyak Rm1.38 trillion (di mana 60% drpd sektor swasta, 32% drpd GLC & 8% drpd kerajaan sendiri) dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi merealisasikan visi wawasan 2020. Persoalannya: Bagaimanakah sektor swasta dapat menghasilkan pelaburan sebegitu besar memandangkan keadaan ekonomi yang merudung. Saya merujuk kepada sebuah buku bertajuk “Accelerating Out of the Great Recession – How to win in a slow-growth economy”, difahamkan pemulihan ekonomi global akan mengambil masa bertahun untuk kembali ke landasan yang asal.
- Saya hanya mampu berharap agar semua projek ‘keMUNGKINan’ serta pelan-pelan yang belum menjadi kenyataan ini akan terlaksana dengan jayanya.. Insya-Allah. (Contohnya penglibatan syarikat kerajaan Abu Dhabi dengan kerjasama 1MDB untuk membangunkan KLIFD yang bernilai RM26 billion, serta projek mewujudkan Academic Medical Centre, sebuah institusi perubatan hasil kerjasama dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland yang bernilai RM2 billion). Ini kerana kita pernah melihat dan mendengar bagaimana projek2 besar dari timur tengah yang walaupun sudah dimeterai tetapi boleh ditarik semula atas alasan isu kewangan, kekangan ekonomi dsb. Persoalannya: Adakah kerajaan kita 100% yakin bahawa sektor swasta mampu menjana pelaburan sebegitu besar, dan apakah implikasinya jika tafsiran ini GAGAL?
- Saya tidak menafikan bahawa terdapat beberapa aspek pembangunan kemasyarakatan yang cukup menarik dan menggembirakan seperti Private Pension Fund, Reforming Insolvency Law, Skim Rumah Pertama Ku, Imbuhan2 kepada ketua2 kampung, Guru2 dsb.
- Untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan pedalaman, peruntukan sebanyak RM2.1bn bagi membina & menaiktaraf jalanraya di Sabah & Sarawak; RM1.5bn untuk membekalkan air serta elektrik di Sabah. Persoalan: Adakah RM2.1bn cukup untuk 2 buah negeri Sabah & Sarawak? Sedangkan membina jalanraya sejauh 145km Sapulut-Kalabakan yang menyambungkan Kota Kinabalu ke Tawau sudah memakan belanja RM563juta! Bagi bekalan elektrik, rakyat Sabah masih lagi sangsi dengan situasi bekalan elektrik yang belum pernah diselesaikan secara menyeluruh sejak 15 tahun yang lalu (3 RMK).
- Tanpa dinafikan bahawa setiap tahun kerajaan akan memperuntukan jumlah wang yang besar bagi Kementerian Pendidikan dan Kesihatan. Persoalan: Daripada jumlah bajet yang dibentangkan, apakah jumlah pecahan peruntukan bagi setiap jabatan dan agensi kerajaan, serta bagaimanakah rakyat dapat memperoleh maklumat2 tersebut secara online?
- PM Najib menyatakan bahawa kerajaan tidak mampu mengeluarkan jumlah wang RM3.1bn untuk membayar 1-bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan, kecuali RM500 bantuan kewangan sahaja yang mempu dikeluarkan pada Disember tahun ini. Persoalan saya: Adakah ini akan melembabkan lagi suasana ekonomi domestik di mana ianya kontradik dengan dasar kerajaan untuk merancakkan sektor peruncitan melalui Program TUKAR, Community Market dsb?
- 1MDB akan memperuntukkan RM20juta kepada 1Malaysia Youth Fund bagi melaksanakan program memupuk semangat 1Malaysia di kalangan lapisan muda. Persoalan: Adakah 1Malaysia Youth Fund sebuah persatuan di bawah agensi kerajaan atau ia hanya persatuan yang ditubuhkan oleh pihak2 tertentu semata-mata untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan individu?
- Saya berpendapat bahawa lebih daripada separuh penduduk negara kita sudah tahu menggunakan kemudahan jalurlebar Internet melalui komputer, telefon bimbit dsb terutama di kalangan generasi muda. Justeru itu, penyampaian mesej dan informasi yang lebih jelas melalui media2 sosial seperti Facebook, Tweeter, Blogs, Portal Kerajaan dsb akan lebih berkesan.
- Pencapaian kerajaan melalui dasar2 pembangunan dan semua perancangan yang sedang dan bakal diimplimentasikan perlu diberi penjelasan dan dikemaskini secara berperingkat dan berterusan, sama ada ianya berjaya atau gagal dilaksanakan agar rakyat faham dan tahu bahawa kerajaan kita jujur serta telus dalam usaha memajukan negara Malaysia.
For some smartphone users like Blackberry, pls switch your browser menu to Column View for better viewing :)
Sunday, October 17, 2010
Bajet 2011: Komen saya...
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB PM Datuk Seri Najib Razak telah mendapat pelbagai reaksi daripada semua lapisan masyarakat. Saya ingin mengambil peluang untuk meluahkan pendapat saya sendiri dalam blog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment