Tujuan blog ini bukanlah sebuah kajian tentang Hari Kiamat atau Apocalypse, tetapi hanyalah pendapat saya sendiri tentang topik yang sedang diwar-warkan oleh media cetak sejak akhir2 ini agar saudara dan sahabat saya serta pembaca sendiri dapat merenung seketika kehidupan di dunia ini yang akan berakhir pada bila2 masa sahaja.. Waulahualam..
1. Tanda2 Kiamat Menurut Islam
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
- Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
- Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
- Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.
- Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
- Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
- Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
- Gempa bumi di Timur. Contohnya yang berlaku di China dan Aceh yang mengakibatkan Tsunami besar.
- Gempa bumi di Barat. Contohnya yang berlaku di Amerika, Brazil, Argentina, dsb.
- Gempa bumi di Semenanjung Arab. Contohnya kes longsor yang berlaku di Mesir.
- Api Besar yang bermula di Yaman akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Mungkin kah maksud bermulanya Perang NuClear?
2. Terdapat 7 petanda menurut Christian
- Terbentuknya sebuah bangsa Israel dan Jerusalem sebagai ibu negara
- Kembalinya kaum Yahudi di tanah mereka
- Terbentuknya Empayar Rome baru yang disekutui oleh 10 buah negara yang seterusnya akan menguasai Timur Tengah dan seluruh dunia
- Krisis nuklear serantau
- Krisis di Timur Tengah
- Keganasan, kejahatan dan keruntuhan kepercayaan serta agama
3. Perspektif Sains - Perspektif sains merujuk kepada pengiraan dan anggapan daripada beberapa pakar astrofizik dan matematik yang menyatakan kaedah penggunaan “Cutoff Time” menunjukkan dunia akan berakhir selepas 3 bilion tahun dari sekarang.
4. Persepsi Lain - Menurut persepsi daripada segelintir penulis seperti Lawrence E. Joseph melalui terbitan bukunya “Apocalypse 2012 – Scientific Investigation into Civilization’s End”, beliau yang mengutip ideologi “Bible Code” yang disangkal oleh ramai saintis, menegaskan bahawa dunia akan berakhir pada tahun 2012.
Terdapat banyak lagi sumber dan informasi yang boleh didapati melalui Internet dan setiap daripada kita berhak untuk mengetahui serta memproses semua ideologi tersebut mengikut kepercayaan masing-masing. Yang penting pada zahirnya bumi kita tidak akan dapat menampung segala kegiatan dan aktiviti penduduk sampai bila2. Sifat tamak haloba oleh sebilangan besar manusia yang rakus dan pentingkan diri sendiri akan mempercepatkan lagi proses ‘hakisan’ bumi. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan menyayangi ciptaan Allah SWT agar generasi akan datang berpeluang menikmati segala keindahan di muka bumi ini sebelum berakhirnya zaman kemanusiaan…AMIN!
No comments:
Post a Comment