Thursday, October 28, 2010

Temubual dengan CEO (Malay Jokes)

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Daripada beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini".

"Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata, "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanyanya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah............."

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.............

(Tetttttttt)




Monday, October 25, 2010

Pengembala Kambing (Malay Jokes)

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri..

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje…
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?’
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa…yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama…
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah…sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke…abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama….

Saturday, October 23, 2010

Tiada bonus untuk tahun 2010 dan 2011

Seminggu selepas memberi komen tentang Bajet 2011 yang lalu, saya telah memperoleh pelbagai maklumat melalui Twitter tentang beberapa perkembangan semasa di mana ianya kini menjadi persoalan kepada ramai rakan2 saya yang bertanya mengapa negara kita tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan kerajaan sejak tahun 2010.

1.  PM YAB Datuk Seri Najib menyatakan bahawa kerajaan tidak mampu mengeluarkan jumlah wang RM3.1bn untuk membayar 1-bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan, kecuali RM500 bantuan kewangan sahaja yang mempu dikeluarkan pada Disember tahun ini. Saya berpendapat walaupun ianya sedikit namun ramai di kalangan mereka yang cukup bersyukur di atas pemberian tersebut.

2.  Bajet 2011 yang dibentangkan tersebut pada hakikatnya memberikan fokus dan penekanan terhadap pelaburan domestik. Kerajaan telah menyarankan agar sektor swasta meningkatkan pelaburan untuk merangsangkan ekonomi  tempatan kerana pengaliran wang dalam negara ini amat penting selain mengharapkan kemasukan pelaburan asing atau FDI (Foreign Direct Investment).

3.  Dengan keadaan krisis ekonomi yang dihadapi oleh negara pada masa ini, bukankah kerajaan seharusnya berjimat-cermat dalam urusan kewangan? Ulasan2 berikut menjadi tanda tanya adakah kerajaan tidak mampu, tidak sanggup atau tidak mahu membayar bonus.

4.  Perbelanjaan kementerian kerajaan terutama oleh KDN (Kem Dalam Negeri) dan Kem Pelancongan menjadi buah mulut sesetengah masyarakat. Sebagai contoh, kos perbelanjaan ke luar negeri oleh PM dan DPM telah mencecah RM9.8m sehingga awal bulan Okt’2010. Untuk rekod, belanja yang dikeluarkan pada tahun 2008 dan 2009 ialah RM5m+ dan RM6m+.

5.  Menurut Kem Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Maximus Ongkili), peruntukan sedang dipohon untuk melanjutkan program angkasawan kedua negara pada pertengahan penggal RMK10. Perlancongan angkasawan pertama sudah menjadi kontroversi di kalangan masyarakat tetapi oleh kerana ianya tajaan daripada hasil pembelian kapal pejuang jet Rusia justeru ramai yang beranggapan ia hanya perjalanan percuma. Maka sekiranya program kedua ini diteruskan bermakna negara tidak menampakkan ciri-ciri kegawatan.

6.  Istana Negara merupakan simbol kedaulatan negara yang tidak boleh dipertikaikan. Namun demikian, projek membina Istana baru telah menelan belanja RM797m yang dijangka akan siap pada tahun 2011. Tidakkah projek seperti ini boleh ditangguhkan sehingga keadaan kewangan negara kembali stabil?

7.  Bagi sesetengah rakyat adalah menjadi khabar berita yang cukup menggembirakan di mana harga tol di seluruh semenanjung Malaysia tidak akan dinaikkan selama 5 tahun. Bagaimanapun, kerajaan lantas mengumumkan bahawa pampasan sebanyak RM1bn setiap tahun akan dibayar kepada PLUS bagi menanggung kerugian syarikat GLC tersebut.

8.  Saya kurang jelas dengan sumber dan cara pengagihan serta pengaliran wang yang akan disalur namun apa yang ingin dipersoalkan ialah mengapa tidak dikurangkan 1 atau 2 tahun sahaja? Dengan ini dapatlah penjimatan RM3bn untuk membayar bonus.

9.  Dengan pemberian bonus sejumlah RM3.1bn, bukankah mereka ini lah yang akan membelanjakan wang tersebut dalam negara?  Ini bukan sahaja merancakkan ekonomi tempatan malah membantu menjana pendapatan sektor peruncitan, pengusaha makanan, dan banyak lagi.


Friday, October 22, 2010

Preserving Human Race

According to my previous blog, “Petanda Akhir Zaman” (Malay version of ‘Signs of end of the World’) is an inevitable phenomenon in the eye of religious perspective. Apart from this, let us look at other apocalyptic catastrophes that could bring this world to an end.

  1. “Deep Impact”, “Sinking of Japan”, “Korean Tsunami”, and “2012”. What these blockbuster movies have in common? THE END OF HUMAN KIND! But at the end of the day, we have to stand up and build our own ‘shields’ in order to protect mankind. They’ve shown underground projects such as bunkers and giant submarines to be the best survival against these natural disasters.
  2. Global warming has brought to a profound implication to the climate change which has angered the mother nature to strike back! Typhoons, floods etc already taken hundreds and thousands of human lives. According to WWF, if the massive emission of CO2 and overuse of natural resources continue at this pace, the earth will eventually ‘explode’. Judging by the fact that global energy demand is climbing rapidly due to population growth and progressing industrialization, we might soon need to look for second earth’ by the end of 2030.
  3. Ironically, the downside of these events has been cheered by some amazing ideas and achievements by people who believe that the world needs a ‘second chance’. For instance, more orbital explorations are currently underway to seek alternative living planets. NASA has been the leader in the spaceship industry for decades, providing enormous researches and developments to serve the purpose.
  4. VSS Enterprise is a pilot project conducted by Virgin Galactic, a unit of Virgin Group owned by Sir Richard Brandson, which is the first commercial manned space flight system and tourism business. It has successfully completed its first piloted free flight of SpaceShip 2 on the 10.10.10 (10th Oct 2010).
  5. This company had received a sum deposit of US$50million dollars from 370 customers who will be the 1st batch of commercial space tourists in not many years to come. Imagine any person who able to fork out RM620,000.00 could realize his or her dreams to travel into galaxy. Having this thought, I wish Malaysia won’t consider sending another ‘can-or-not’ (Malaysian version of astronaut) to space if the purpose merely gather information and comeback with lists of theories and speeches that only end up sucking out rakyat’s tears and blood.
..READ MORE HERE..




Petanda Akhir Zaman - "Apocalypse"

Tujuan blog ini bukanlah sebuah kajian tentang Hari Kiamat atau Apocalypse, tetapi hanyalah pendapat saya sendiri tentang topik yang sedang diwar-warkan oleh media cetak sejak akhir2 ini agar saudara dan sahabat saya serta pembaca sendiri dapat merenung seketika kehidupan di dunia ini yang akan berakhir pada bila2 masa sahaja.. Waulahualam..

1. Tanda2 Kiamat Menurut Islam

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

  • Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  • Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  • Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.
  • Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  • Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  • Gempa bumi di Timur. Contohnya yang berlaku di China dan Aceh yang mengakibatkan Tsunami besar.
  • Gempa bumi di Barat. Contohnya yang berlaku di Amerika, Brazil, Argentina, dsb.
  • Gempa bumi di Semenanjung Arab. Contohnya kes longsor yang berlaku di Mesir.
  • Api Besar yang bermula di Yaman akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Mungkin kah maksud bermulanya Perang NuClear?
2. Terdapat 7 petanda menurut Christian
  • Terbentuknya sebuah bangsa Israel dan Jerusalem sebagai ibu negara
  • Kembalinya kaum Yahudi di tanah mereka
  • Terbentuknya Empayar Rome baru yang disekutui oleh 10 buah negara yang seterusnya akan menguasai Timur Tengah dan seluruh dunia
  • Krisis nuklear serantau
  • Krisis di Timur Tengah
  • Keganasan, kejahatan dan keruntuhan kepercayaan serta agama

3. Perspektif Sains - Perspektif sains merujuk kepada pengiraan dan anggapan daripada beberapa pakar astrofizik dan matematik yang menyatakan kaedah penggunaan “Cutoff Time” menunjukkan dunia akan berakhir selepas 3 bilion tahun dari sekarang.

4. Persepsi Lain - Menurut persepsi daripada segelintir penulis seperti Lawrence E. Joseph melalui terbitan bukunya Apocalypse 2012 – Scientific Investigation into Civilization’s End”, beliau yang mengutip ideologi “Bible Code” yang disangkal oleh ramai saintis, menegaskan bahawa dunia akan berakhir pada tahun 2012.


Terdapat banyak lagi sumber dan informasi yang boleh didapati melalui Internet dan setiap daripada kita berhak untuk mengetahui serta memproses semua ideologi tersebut mengikut kepercayaan masing-masing. Yang penting pada zahirnya bumi kita tidak akan dapat menampung segala kegiatan dan aktiviti penduduk sampai bila2. Sifat tamak haloba oleh sebilangan besar manusia yang rakus dan pentingkan diri sendiri akan mempercepatkan lagi proses ‘hakisan’ bumi. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan menyayangi ciptaan Allah SWT agar generasi akan datang berpeluang menikmati segala keindahan di muka bumi ini sebelum berakhirnya zaman kemanusiaan…AMIN!



Sunday, October 17, 2010

Bajet 2011: Komen saya...

Bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB PM Datuk Seri Najib Razak telah mendapat pelbagai reaksi daripada semua lapisan masyarakat. Saya ingin mengambil peluang untuk meluahkan pendapat saya sendiri dalam blog ini.
  1. Bajet 2011 memperuntukkan sejumlah RM212bn berbanding RM208bn pada bajet tahun lalu. Bagaimanapun, saya tidak yakin ia akan membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat. Walaupun kerajaan akan melaksanakan Program Pengagihan Barangan Keperluan atau Distribution of Essential Goods Program, ia tidak akan mampu menangani masalah kenaikan harga barangan khususnya makanan. Begitu juga dengan pembentukan portal “Pengguna Bijak 1Malaysia” amat diragukan keberkesanannya.
  2. Bajet kali ini menekankan lebih kepada aspek pembangunan infastruktur seperti perkhidmatan pengangkutan dsb yang memerlukan penglibatan sektor swasta secara agresif serta kebajikan rakyat terutama bagi kalangan wanita dan OKU.
  3. Seperti bajet-bajet tahun sebelum ini, rakyat akan memperoleh manfaat hasil daripada pendapatan negara melalui pelbagai sumber seperti petrol, gas, cukai dsb, yang seharusnya dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Persoalan saya, sebagai sebuah negara pengeluar minyak, mengapa kita masih dibelenggu masalah subsidi minyak, kenaikan harga dsb? Jika kerajaan boleh membandingkan kadar petrol dengan negara2 Asean, mengapa tidak dengan negara2 pengeluar minyak seperti Arab Saudi?
  4. Saya merujuk kepada kenyataan CEO PEMANDU (Datuk Seri Idris Jala) bahawa Malaysia telah mengenalpasti  bidang-bidang yang akan menjana pelaburan negara sebanyak Rm1.38 trillion (di mana 60% drpd sektor  swasta, 32% drpd GLC & 8% drpd kerajaan sendiri) dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi merealisasikan visi wawasan 2020. Persoalannya: Bagaimanakah sektor swasta dapat menghasilkan pelaburan sebegitu besar memandangkan keadaan ekonomi yang merudung. Saya merujuk kepada sebuah buku bertajuk “Accelerating Out of the Great Recession – How to win in a slow-growth economy”, difahamkan pemulihan ekonomi global akan mengambil masa bertahun untuk kembali ke landasan yang asal.
  5. Saya hanya mampu berharap agar semua projek ‘keMUNGKINan’ serta pelan-pelan yang belum menjadi kenyataan ini akan terlaksana dengan jayanya.. Insya-Allah. (Contohnya  penglibatan syarikat kerajaan Abu Dhabi dengan kerjasama 1MDB untuk membangunkan KLIFD yang bernilai RM26 billion, serta projek mewujudkan  Academic Medical Centre, sebuah institusi perubatan hasil kerjasama dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland yang bernilai RM2 billion).  Ini kerana kita pernah melihat dan mendengar bagaimana projek2 besar dari timur tengah yang walaupun sudah dimeterai tetapi boleh ditarik semula atas alasan isu kewangan, kekangan ekonomi dsb. Persoalannya: Adakah kerajaan kita 100% yakin bahawa sektor swasta mampu menjana pelaburan sebegitu besar, dan apakah implikasinya jika tafsiran ini GAGAL?
  6. Saya tidak menafikan bahawa terdapat beberapa aspek pembangunan kemasyarakatan yang cukup menarik dan menggembirakan seperti Private Pension Fund, Reforming Insolvency Law, Skim Rumah Pertama Ku, Imbuhan2 kepada ketua2 kampung, Guru2 dsb.
  7. Untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kawasan pedalaman, peruntukan sebanyak RM2.1bn bagi membina & menaiktaraf jalanraya di Sabah & Sarawak; RM1.5bn untuk membekalkan air serta elektrik di Sabah. Persoalan: Adakah RM2.1bn cukup untuk 2 buah negeri Sabah & Sarawak? Sedangkan membina jalanraya sejauh 145km Sapulut-Kalabakan yang menyambungkan Kota Kinabalu ke Tawau sudah memakan belanja RM563juta! Bagi bekalan elektrik, rakyat Sabah masih lagi sangsi dengan situasi bekalan elektrik yang belum pernah diselesaikan secara menyeluruh sejak 15 tahun yang lalu (3 RMK).
  8. Tanpa dinafikan bahawa setiap tahun kerajaan akan memperuntukan jumlah wang yang besar bagi Kementerian Pendidikan dan Kesihatan. Persoalan: Daripada jumlah bajet yang dibentangkan, apakah jumlah pecahan peruntukan bagi setiap jabatan dan agensi kerajaan, serta bagaimanakah rakyat dapat memperoleh maklumat2 tersebut secara online?
  9. PM Najib menyatakan bahawa kerajaan tidak mampu mengeluarkan jumlah wang RM3.1bn untuk membayar 1-bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan kerajaan, kecuali RM500 bantuan kewangan sahaja yang mempu dikeluarkan pada Disember tahun ini. Persoalan saya: Adakah ini akan melembabkan lagi suasana ekonomi domestik di mana ianya kontradik dengan dasar kerajaan untuk merancakkan sektor peruncitan melalui Program TUKAR, Community Market dsb?
  10. 1MDB akan memperuntukkan RM20juta kepada 1Malaysia Youth Fund bagi melaksanakan program memupuk semangat 1Malaysia di kalangan lapisan muda. Persoalan: Adakah 1Malaysia Youth Fund sebuah persatuan di bawah agensi kerajaan atau ia hanya persatuan yang ditubuhkan oleh pihak2 tertentu semata-mata untuk mengaut keuntungan bagi kepentingan individu?
  11. Saya berpendapat bahawa lebih daripada separuh penduduk negara kita sudah tahu menggunakan kemudahan jalurlebar Internet melalui komputer, telefon bimbit dsb terutama di kalangan generasi muda. Justeru itu, penyampaian mesej dan informasi yang lebih jelas melalui media2 sosial seperti Facebook, Tweeter, Blogs, Portal Kerajaan dsb akan lebih berkesan.
  12. Pencapaian kerajaan melalui dasar2 pembangunan dan semua perancangan yang sedang dan bakal diimplimentasikan perlu diberi penjelasan dan dikemaskini secara berperingkat dan berterusan, sama ada ianya berjaya atau gagal dilaksanakan agar rakyat faham dan tahu bahawa kerajaan kita jujur serta telus dalam usaha memajukan negara Malaysia.

Joke of d' Month

An elderly woman walked into the Royal Bank of Canada one morning with a purse full of money. She wanted to open a savings account and insisted on talking to the president of the Bank because, she said, she had a lot of money.

After many lengthy discussions (after all, the client is always right) an employee took the elderly woman to the president’s office. The president of the Bank asked her how much she wanted to deposit. She placed her purse on his desk and replied, ‘$165,000′. The president was curious and asked her how she had been able to save so much money. The elderly woman replied that she made bets.

The president was surprised and asked, ‘What kind of bets?’ The elderly woman replied, ‘Well, I bet you $25,000 that your testicles are square.’ The president started to laugh and told the woman that it was impossible to win a bet like that. The woman never batted an eye. She just looked at the president and said, ‘Would you like to take my bet?’ ‘Certainly’, replied the president. ‘I bet you $25,000 that my testicles are not square. ”Done’, the elderly woman answered. ‘But given the amount of money involved, if you don’t mind I would like to come back at 10′clock tomorrow morning with my lawyer as a witness.’ ‘No problem’, said the president of the Bank confidently.

That night, the president became very nervous about the bet and spent a long time in front of the mirror examining his testicles, turning them this way and that, checking them over again and again until he was positive that no one could consider his testicles as square and reassuring himself that there was no way he could lose the bet.

The next morning at exactly 10 o’clock the elderly woman arrived at the president’s office with her lawyer and acknowledged the $25,000 bet made the day before that the president’s testicles were square. The president confirmed that the bet was the same as the one made the day before.. Then the elderly woman asked him to drop his pants etc. so that she and her lawyer could see clearly. The president was happy to oblige. The elderly woman came closer so she could see better and asked the president if she could touch them.. ‘Of course’, said the president. ‘Given the amount of money involved, you should be 100% sure.’ The elderly woman did so with a little smile.

Suddenly the president noticed that the lawyer was banging his head against the wall. He asked the elderly woman why he was doing that and she replied, ‘Oh, it’s probably because I bet him $100,000 that around 10 o’clock in the morning I would be holding the balls of the President of the Royal Bank of Canada!’

Saturday, October 2, 2010

StuxNet: 新网络武器

StuxNet: a trojan virus malware














我最近碰到所谓的"StuxNet" 恶意软件(malware),但认为它可能是一普通无害的电脑木马。然而,之后我猜测这是一个新的网络武器被设计对毁坏或破坏伊朗的核项目.

尽管许多安全专家尚未确定该木马的创造者,假设有指出,StuxNet 是某个国家政府所机构的创作计划。本人相信许多国家认为美国和以色列政府有能力建立那么先进的科技来对付伊朗,巴基斯坦,印度及印尼。本人也猜想这袭击有与伊朗总统在24/09/2010联合国首脑会议开幕时有关系,并在当场举例说: "有个理论认为美国政府内的某些环节策划了这起袭击,以扭转美国经济下滑和对中东的交手,也为了拯救犹太复国主义政权." (Read More)


美国总统奥巴马Barack Obama回应猛烈谴责达伊朗总统的言论有所进攻性及可恨!




本人在此认为美国和以色列一直希望能成为这世界上的"军"和"警察",只有他们有权利携带武器和军械库。只是平民的在于谁必须遵守其规则和法律的国家。想想看吧..